Monday 22 June 2015

POPIAH NYONYA

POPIAH NYONYA   

Bahan Inti Sengkuang
·         1 biji sengkuang Cina (hiris halus)
·         Udang hidup (cincang kasar)
·         5 ulas bawang putih (cincang halus)
·  Tumis  bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sengkuang + kicap + sos tiram +     lada   sulah + gula + air, kacau selama 5 minit.
·        Masukkan udang dan masak sehingga masak lebih kurang 30 minit hingga sengkuang          betul-betul lembut. * Simpan air sengkuang untuk membuat sos pedas nanti.

   Bahan Inti Taugeh & Lobak Merah
·         1 cawan Taugeh
·         1 biji lobak merah (hiris halus)
·     Tumis bawang putih & sedikit udang kering masukkan taugeh & lobak merak. Goreng         kering dengan minyak hingga masak.

  Bahan Sos
· 1/2 cawan cili sos
·             30 tangkai cili kering direndam
·          5 biji buah kurma rendam dengan 1/2 cawan     air panas 
·          Gula & garam secukup rasa.

·      Blend cili kering dan buah kurma sehingga halus dan menjadi pes basah. 
·         Dalam periuk masak cili dan kurma selama 10-15 minit. masukan sos cili dan sedikit gula     dan garam Adjust rasa. Terus masak sehingga sos pekat.

*Masukkan air sengkuang tadi untuk menambahkan kemanisan  jika sos terlalu kering.

   Bahan untuk tabur 
   * campurkan semua bahan-bahan ini.
·         1/2 cawan udang kering goreng dan ditumbuk
·         1/2 cawan daun bawang dicincang halus
·         2 keping tauhu, goreng sedikit dan hancurkan
·         3 biji telur digoreng hancur
·         Bawang goreng

   Bahan-Bahan dalam & atas popiah
·         Daun salad segar
·         Bijan panggang
·         1/2 cawan kacang tumbuk

    Cara-cara mengulung popiah
·         Sapukan sos cili & calit black hoisin sos ditengah-tengah kulit popiah.
·         Letakkan daun salad
·         Letakkan Inti Taugeh & Lobak merah
·       Taburkan campuran tofu goreng, udang kering, bawang goring, daun bawang dan telur 
       hancur.
·         Sendukkan inti sengkuang. Tos kuahnya.
·         Gulungkan dan potong 3-4.
·         Letakkan sos diatas dan taburkan kacang tanah tumbuk dan bijan panggang.   




Thursday 12 March 2015

RESEPI KEK BUTTER STRAWBERRY OAT

KEK BUTTER STRAWBERRY OAT

BAHAN-BAHAN KEK
1 kotak bancuhan butter kek segera brand Nona
4 biji telur grade A
250gm buttercup


BAHAN-BAHAN INTI
Strawberry jam dicampur dengan 2 sudu susu pekat (bahagi 2 bahagian)
Kelapa tin + oat + melting  separuh buttercup – campurkan (bahagi 2 bahagian)












Cara membuatnya:
1. Pukul  butter hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji
2. Masukkan tepung segera kek nona, pukul hingga sebati. (bahagi 3 bahagian)

Butter cake
Tabur kelapa + oat + melt butter
Strawberry Jam + milk
Butter cake
Tabur kelapa + oat + melt butter
Strawberry Jam + milk
Butter cake

3. Masukkan dalam loyang pembakar bulat atau empat segi 8'x 8', bakar dalam suhu 150°C     selama 35- 45 minit, bergantung pada oven masing-masing.
4. Biarkan sejuk, sebelum keluarkan dari acuan.


~  Selamat mencuba ~


Wednesday 14 January 2015

LASAGNA DAGING

     
   Ini merupakan percubaan pertama membuat lasagna, agak renyah juga tapi 
   memikirkan sekali-sekala aku sekeluarga berkumpul, so aku cuba la buat.

      SOS DAGING
  • 1 kotak lasagna (direbus dgn sedikit minyak – ketepikan)
  • 2 cawan mozarella
  • 1 bungkus daging cincang + 1 bungkus burger daging (Ramly)
  • 2 biji bawang besar  & 4 ulas bawang putih  (dadu / cincang)
  • 1 botol  sos spaghetti original + 1 tin tomato puree
  • 1 tin cendawan butang (hiris nipis)
  • Oregano
  • CARA :- Goreng daging cincang + burger, masukkan bawang besar & bawang putih & cendawan butang hingga naik bau. Masukkan pula tomato sos spaghetti & tomato puree, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih & pekat. Biarkan suam.

SOS PUTIH
  • 3 sudu butter 
  • 2 kotak kecil full cream Dutch Lady
  • 1 tin cheese & herbs Prego + 4 keping cheddar cheese
  • ½ cawan tepung gandum (dibancuh dengan air)
  • lada hitam, garam & parsley
  • CARA :- Cairkan butter, masukkan susu, cheese & herbs &cheddar. Masukkan tepung, garam & lada sulah & parsley. Kecilkan api hingga pekat. BIarkan suam
  • Panaskan oven & sediakan Loyang pembakar yg bersesuaian utk membakar. Cara susunan:-

Sos Putih + Mozarella + Parsley
Sos Daging
Kulit Lasagna
Sos Putih + Mozarella
Sos Daging
Kulit Lasagna
Sos Putih + Mozarella
Sos Daging
Kulit Lasagna
Sos daging


Bakar pada suhu 200′C selama 40-60min  atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.





~ Yummy.. berbaloi.. puas family aku makan ~

AIR ASSAM UTARA (SALAD TOMATO)



Resepi ni aku belajar dari hubby, memandangkan hubby orang utara dan dalam kenduri kendara mereka selalunya wajib ada air assam ni (bkn air assam yang cicah ikan bakar tu yer). Selalunya air assam ni dimakan bersama nasi minyak dan sup daging atau daging rebus. Mula-mula pelik juga tapi lama-lama aku pun dah tersuka sebab rasanya yang pedas masam dan manis. Syiookkkk.


BAHAN-BAHAN
BUAH TOMATO (belah 2 dan hiris halus-halus)
BAWANG BESAR (dibelah 2 & hiris halus)

BAHAN-BAHAN SOS (DI BLEND)
SOS CILI
SOS TOMATO
CILI API (lebihkan kalau nak pedas)
CILI MERAH
AIR LIMAU NIPIS
GULA & GARAM

CARA
* Blend semua bahan-bahan sos
* Campurkan dalam tomato & bawang yang dah di hiris – gaul mesra.
* Sejukkan dalam fridge 





 ~ Selamat mencuba ~

OLIO SEAFOOD




Olio seafood ni favourite hubby. Ada 2 version samada guna seafood atau Ramly beef burger (kira beef olio la heheh).

  • Rebus pasta hingga lembut, masukkan sedikit garam & minyak agar tidak melekat dan tapiskan
  • Udang besar / crabstick.
  • 4 biji bawang putih – ditumbuk kasar.
  • Daun bayam .
  • 3 sudu besar miyak zaitun
  • Cheddar cheese dan  chili flakes untuk hiasan
  • Lemon

    Cara-cara


  1. Panaskan minyak zaitun dlm kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan seafood + sayur hingga masak,
  3. Masukkan spagetti, garam dan lada sulah. Tutup dgn tudung kuali dan kacau sekali sekala
  4. Masukkan sedikit air rebusan seafood tadi ( kalau kering sgt) / atau tambah minyak zaitun. Sebelum tutup api perahkan lemon. 
  5. Tutup api & tabur cheese & chili flakes kalau nak pedas.



~ Happy cooking ~

BRIANI MAGGIE SIMPLE

Kalau teringin nak makan briani homemade, memang inilah cara dan rasa yang aku suka sangat. Renyah sikit caranya tapi berbaloi sebab Briani Maggie ni dah secukup rasa dan tak payah tambah apa-apa perasa. 

BAHAN 
2 paket briani Maggi
5 pot (kecil) beras basmathi
Ayam potong kecil2
2 Ubi kentang potong 8
Yogurt (2)
Daun ketumbar (wajib ada)
Kismis
Pewarna kuning 

BAHAN TUMIS
Minyak + 2 sudu minyak sapi
Bawang merah hiris 
Bawang putih hiris
Halia hiris

CARA MEMASAK BRIANI
Rendam beras 30 minit dgn sedikit garam. Rebus dengan air yg banyak hingga beras masak (ambil sedikit beras dan rasa samada sudah masak atau tidak) kemudian toskan dalam tapis. Tumis minyak + 2 sudu minyak sapi + bawang + bawang putih + halia + serbuk beriani (yg dah dibancuh dengan air). Biar agak garing campurkan ayam & ubi kentang dan yogurt. Masak sampai ayam & ubi empuk dan biar agak pekat & tutup api sebentar.
Taburkan daun ketumbar di atas ayam. Masukkan beras yg dh direbus tadi menutupi
keseluruhan ayam tadi. Taburkan kismis. Renjis pewarna kuning & tutup periuk . Pasang api perlahan.

Biar mereneh dalam 20 minit sehingga wap keluar dr tudung periuk. Kemudian kacau bersama ayam tadi dan sekiranya masih terlalu basah, biarkan sekejap hingga sedikit kering.

            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk makan bersama briani saya cuma buat acar cuka timun shj. Sebab nasi tu dah ada lauk pauknya ayam dan ubi kentang. :-)

CARA ACAR TIMUN 
Timun dibuang kulit , di belah dua, hiris nipis
Bawang besar hiris halus
Cili merah hiris halus
Cuka
Gula 
Garam

~ Campurkan semua bahan & sejukkan. Makan bersama beriani. Syiokkkk....



*** Enjoy.... :)