Kalau teringin nak makan briani homemade, memang inilah cara dan rasa yang aku suka sangat. Renyah sikit caranya tapi berbaloi sebab Briani Maggie ni dah secukup rasa dan tak payah tambah apa-apa perasa.
BAHAN
2 paket briani Maggi
5 pot (kecil) beras basmathi
Ayam potong kecil2
2 Ubi kentang potong 8
Yogurt (2)
Daun ketumbar (wajib ada)
Kismis
Pewarna kuning
BAHAN TUMIS
Minyak + 2 sudu minyak sapi
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris
CARA MEMASAK BRIANI
Rendam beras 30 minit dgn sedikit garam. Rebus dengan air yg banyak hingga beras masak (ambil sedikit beras dan rasa samada sudah masak atau tidak) kemudian toskan dalam tapis. Tumis minyak + 2 sudu minyak sapi + bawang + bawang putih + halia + serbuk beriani (yg dah dibancuh dengan air). Biar agak garing campurkan ayam & ubi kentang dan yogurt. Masak sampai ayam & ubi empuk dan biar agak pekat & tutup api sebentar.
Taburkan daun ketumbar di atas ayam. Masukkan beras yg dh direbus tadi menutupi
keseluruhan ayam tadi. Taburkan kismis. Renjis pewarna kuning & tutup periuk . Pasang api perlahan.
Biar mereneh dalam 20 minit sehingga wap keluar dr tudung periuk. Kemudian kacau bersama ayam tadi dan sekiranya masih terlalu basah, biarkan sekejap hingga sedikit kering.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk makan bersama briani saya cuma buat acar cuka timun shj. Sebab nasi tu dah ada lauk pauknya ayam dan ubi kentang. :-)
CARA ACAR TIMUN
Timun dibuang kulit , di belah dua, hiris nipis
Bawang besar hiris halus
Cili merah hiris halus
Cuka
Gula
Garam
~ Campurkan semua bahan & sejukkan. Makan bersama beriani. Syiokkkk....
*** Enjoy.... :)
No comments:
Post a Comment