Wednesday, 14 January 2015

LASAGNA DAGING

     
   Ini merupakan percubaan pertama membuat lasagna, agak renyah juga tapi 
   memikirkan sekali-sekala aku sekeluarga berkumpul, so aku cuba la buat.

      SOS DAGING
  • 1 kotak lasagna (direbus dgn sedikit minyak – ketepikan)
  • 2 cawan mozarella
  • 1 bungkus daging cincang + 1 bungkus burger daging (Ramly)
  • 2 biji bawang besar  & 4 ulas bawang putih  (dadu / cincang)
  • 1 botol  sos spaghetti original + 1 tin tomato puree
  • 1 tin cendawan butang (hiris nipis)
  • Oregano
  • CARA :- Goreng daging cincang + burger, masukkan bawang besar & bawang putih & cendawan butang hingga naik bau. Masukkan pula tomato sos spaghetti & tomato puree, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih & pekat. Biarkan suam.

SOS PUTIH
  • 3 sudu butter 
  • 2 kotak kecil full cream Dutch Lady
  • 1 tin cheese & herbs Prego + 4 keping cheddar cheese
  • ½ cawan tepung gandum (dibancuh dengan air)
  • lada hitam, garam & parsley
  • CARA :- Cairkan butter, masukkan susu, cheese & herbs &cheddar. Masukkan tepung, garam & lada sulah & parsley. Kecilkan api hingga pekat. BIarkan suam
  • Panaskan oven & sediakan Loyang pembakar yg bersesuaian utk membakar. Cara susunan:-

Sos Putih + Mozarella + Parsley
Sos Daging
Kulit Lasagna
Sos Putih + Mozarella
Sos Daging
Kulit Lasagna
Sos Putih + Mozarella
Sos Daging
Kulit Lasagna
Sos daging


Bakar pada suhu 200′C selama 40-60min  atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.





~ Yummy.. berbaloi.. puas family aku makan ~

AIR ASSAM UTARA (SALAD TOMATO)



Resepi ni aku belajar dari hubby, memandangkan hubby orang utara dan dalam kenduri kendara mereka selalunya wajib ada air assam ni (bkn air assam yang cicah ikan bakar tu yer). Selalunya air assam ni dimakan bersama nasi minyak dan sup daging atau daging rebus. Mula-mula pelik juga tapi lama-lama aku pun dah tersuka sebab rasanya yang pedas masam dan manis. Syiookkkk.


BAHAN-BAHAN
BUAH TOMATO (belah 2 dan hiris halus-halus)
BAWANG BESAR (dibelah 2 & hiris halus)

BAHAN-BAHAN SOS (DI BLEND)
SOS CILI
SOS TOMATO
CILI API (lebihkan kalau nak pedas)
CILI MERAH
AIR LIMAU NIPIS
GULA & GARAM

CARA
* Blend semua bahan-bahan sos
* Campurkan dalam tomato & bawang yang dah di hiris – gaul mesra.
* Sejukkan dalam fridge 





 ~ Selamat mencuba ~

OLIO SEAFOOD




Olio seafood ni favourite hubby. Ada 2 version samada guna seafood atau Ramly beef burger (kira beef olio la heheh).

  • Rebus pasta hingga lembut, masukkan sedikit garam & minyak agar tidak melekat dan tapiskan
  • Udang besar / crabstick.
  • 4 biji bawang putih – ditumbuk kasar.
  • Daun bayam .
  • 3 sudu besar miyak zaitun
  • Cheddar cheese dan  chili flakes untuk hiasan
  • Lemon

    Cara-cara


  1. Panaskan minyak zaitun dlm kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan seafood + sayur hingga masak,
  3. Masukkan spagetti, garam dan lada sulah. Tutup dgn tudung kuali dan kacau sekali sekala
  4. Masukkan sedikit air rebusan seafood tadi ( kalau kering sgt) / atau tambah minyak zaitun. Sebelum tutup api perahkan lemon. 
  5. Tutup api & tabur cheese & chili flakes kalau nak pedas.



~ Happy cooking ~

BRIANI MAGGIE SIMPLE

Kalau teringin nak makan briani homemade, memang inilah cara dan rasa yang aku suka sangat. Renyah sikit caranya tapi berbaloi sebab Briani Maggie ni dah secukup rasa dan tak payah tambah apa-apa perasa. 

BAHAN 
2 paket briani Maggi
5 pot (kecil) beras basmathi
Ayam potong kecil2
2 Ubi kentang potong 8
Yogurt (2)
Daun ketumbar (wajib ada)
Kismis
Pewarna kuning 

BAHAN TUMIS
Minyak + 2 sudu minyak sapi
Bawang merah hiris 
Bawang putih hiris
Halia hiris

CARA MEMASAK BRIANI
Rendam beras 30 minit dgn sedikit garam. Rebus dengan air yg banyak hingga beras masak (ambil sedikit beras dan rasa samada sudah masak atau tidak) kemudian toskan dalam tapis. Tumis minyak + 2 sudu minyak sapi + bawang + bawang putih + halia + serbuk beriani (yg dah dibancuh dengan air). Biar agak garing campurkan ayam & ubi kentang dan yogurt. Masak sampai ayam & ubi empuk dan biar agak pekat & tutup api sebentar.
Taburkan daun ketumbar di atas ayam. Masukkan beras yg dh direbus tadi menutupi
keseluruhan ayam tadi. Taburkan kismis. Renjis pewarna kuning & tutup periuk . Pasang api perlahan.

Biar mereneh dalam 20 minit sehingga wap keluar dr tudung periuk. Kemudian kacau bersama ayam tadi dan sekiranya masih terlalu basah, biarkan sekejap hingga sedikit kering.

            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk makan bersama briani saya cuma buat acar cuka timun shj. Sebab nasi tu dah ada lauk pauknya ayam dan ubi kentang. :-)

CARA ACAR TIMUN 
Timun dibuang kulit , di belah dua, hiris nipis
Bawang besar hiris halus
Cili merah hiris halus
Cuka
Gula 
Garam

~ Campurkan semua bahan & sejukkan. Makan bersama beriani. Syiokkkk....



*** Enjoy.... :)   



NASI MINYAK SIMPLE



NASI MINYAK SIMPLE

BAHAN-BAHAN
Masak nasi dalam rice cooker (dengan ukuran air seperti biasa) + 2 sudu serbuk susu + sedikit kunyit + garam

TUMIS
Minyak + 2 sudu minyak sapi
Bawang hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris halus
Kayu manis
Bunga lawang

CARA
Tumis bahan-bahan di atas hingga kekuningan.
Tuangkan dalam rice cooker.
Masukkan kismis bila nasi dah hampir nak masak.
Gaul nasi untuk sebatikan semua bahan.






 ~~~ Selamat Mencuba :-)


KUAH ASAM TEMPOYAK



Disebabkan aku kurang gemar makan ikan kuah, so kalau nak makan kuah tempoyak aku cuma masak dengan ikan bilis lepas tu makanlah dengan ikan goreng. Bak kata orang perak.. 'kemeh kuahnya' tak serabut.   :-p

CARA BUAT KUAH
*  Kisar tempoyak + cili merah + cili api (kalau nak pedas) + serbuk kunyit  + air * Masukkan   dalam periuk + timun + serai ketuk (2 btg) + asam keping * Tambahkan air ikut kepekatan yg kita suka

*  Masukkan ikan bilis * Sesuaikan rasa garam & gula * Masak sampai timun lembut.





** Sedap dimakan dengan sambal telur & Ikan goreng


***Selamat mencuba... :)


Tuesday, 13 January 2015

CRAB STICK QUICHE



CRAB STICK (di carik-carik)
BUTTER (untuk menumis)
WHIPPED CREAM (2 sudu)
PARMESAN CHEESE
TELUR 3 BIJI
ROTI CANAI SEGERA –Brand Kawan

INTI

Panaskan butter * Masukkan crab stick carik-carik * Masukkan  whipped cream * Garam secukup rasa * Masak hingga inti agak lembik * Canaikan sedikit tepung roti canai segera * Bulatkan & letak dalam acuan * Masukkan inti * Tuangkan campuran telur + parmesan cheese + lada sulah.



*Bakar dalam oven 280’c selama  30-40 minit




*** Selamat mencuba :)


IKEA cafe

Minggu lepas, hubby kebetulan dapat cuti hari Ahad, rasa macam nak jalan-jalan di IKEA. Sampai di Damansara dah agak petang, hari pulak mendung macam nak hujan dan macam biasa parking IKEA akan penuh. Jadi terpaksalah kami parking di bangunan sebelah yang ada Kidzania tu.

Sampai di IKEA macam biasa la terus ke showroom, tenguk-tenguk perabut, ambil nota kod perabut. Bukan nak beli sangat pun :-)

Akhirnya sampai la kami di cafe IKEA. Rasanya itulah matlamat utama kami, datang jauh dari Cheras sebenarnya nak makan Swedish meatball dengan cranberi sos, memang terbaik. Hubby tak boleh terima sangat meatball cicah cranberi sos tu, tapi bagi aku itulah keunikan makanan diaorang ni.

Tapi yang paling menarik hati aku ialah Almond cake dia. Fuhh memang terbaik. Last time datang beli sepotong jer, so kali ni memang nak order banyak, jadi order la sampai 3 slices. Lepas makan meatball, aku order juga chicken wing dan Fish n Chip, of course jadi la aku terlalu kekenyangan. Kek Almond masih ada 2 slices, aku pun suruh hubby ke kaunter minta plastik nak tapau bawa balik. Surprisingly IKEA tak sediakan plastik untuk kes tapau-tapau ni. Haaa terpaksa la bungkus kek sedap berkrim tu guna tisu. Melepek jadi kek tu. Huaaa.

Moral of the story, make sure kalau nak tapau food dari IKEA - bawak tupperware atau beli bekas makanan dari IKEA siap-siap.

~