Sunday, 20 December 2015
Monday, 22 June 2015
POPIAH NYONYA
POPIAH NYONYA
Bahan Inti Sengkuang
Bahan Inti Sengkuang
·
1 biji sengkuang Cina (hiris halus)
·
Udang hidup (cincang kasar)
·
5 ulas bawang putih (cincang halus)
· Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sengkuang + kicap +
sos tiram + lada sulah + gula + air, kacau selama 5 minit.
· Masukkan udang dan masak sehingga masak lebih kurang 30 minit hingga sengkuang betul-betul lembut. * Simpan air sengkuang untuk membuat sos pedas
nanti.
Bahan Inti Taugeh & Lobak Merah
·
1 cawan Taugeh
·
1 biji lobak merah (hiris halus)
· Tumis bawang putih & sedikit udang kering masukkan taugeh
& lobak merak. Goreng kering dengan minyak hingga masak.
Bahan Sos
· 1/2 cawan cili sos
· 30 tangkai cili kering direndam
· 5 biji buah kurma rendam dengan 1/2 cawan air panas
· Gula & garam secukup rasa.
· Blend cili kering dan buah kurma sehingga halus dan menjadi pes
basah.
·
Dalam periuk masak cili dan kurma selama 10-15 minit. masukan
sos cili dan sedikit gula dan garam Adjust rasa. Terus masak sehingga sos
pekat.
*Masukkan air
sengkuang tadi untuk menambahkan kemanisan jika sos terlalu
kering.
Bahan untuk tabur
* campurkan semua
bahan-bahan ini.
·
1/2 cawan udang kering goreng dan ditumbuk
·
1/2 cawan daun bawang dicincang halus
·
2 keping tauhu, goreng sedikit dan hancurkan
·
3 biji telur digoreng hancur
·
Bawang goreng
Bahan-Bahan dalam & atas popiah
·
Daun salad segar
·
Bijan panggang
·
1/2 cawan kacang tumbuk
Cara-cara mengulung popiah
·
Sapukan sos cili & calit black hoisin sos ditengah-tengah
kulit popiah.
·
Letakkan daun salad
·
Letakkan Inti Taugeh & Lobak merah
· Taburkan campuran tofu goreng, udang kering, bawang goring, daun
bawang dan telur
hancur.
·
Sendukkan inti sengkuang. Tos kuahnya.
·
Gulungkan dan potong 3-4.
·
Letakkan sos diatas dan taburkan kacang tanah tumbuk dan bijan
panggang.
Thursday, 12 March 2015
RESEPI KEK BUTTER STRAWBERRY OAT
KEK BUTTER
STRAWBERRY OAT
BAHAN-BAHAN KEK
1 kotak bancuhan butter kek segera brand Nona
4 biji telur grade A
250gm buttercup
1 kotak bancuhan butter kek segera brand Nona
4 biji telur grade A
250gm buttercup
BAHAN-BAHAN INTI
Strawberry jam dicampur dengan 2
sudu susu pekat (bahagi 2 bahagian)
Kelapa tin + oat + melting separuh buttercup – campurkan (bahagi 2
bahagian)
Cara membuatnya:
1. Pukul butter hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji
2. Masukkan tepung segera kek nona, pukul hingga sebati. (bahagi 3 bahagian)
Butter cake
|
Tabur kelapa + oat + melt butter
|
Strawberry Jam +
milk
|
Butter cake
|
Tabur kelapa + oat + melt butter
|
Strawberry Jam +
milk
|
Butter cake
|
3. Masukkan dalam loyang pembakar bulat atau empat segi 8'x 8', bakar dalam suhu 150°C selama 35- 45 minit, bergantung pada oven masing-masing.
4. Biarkan sejuk, sebelum keluarkan dari acuan.
~ Selamat mencuba ~
Wednesday, 14 January 2015
LASAGNA DAGING
Ini merupakan percubaan pertama membuat lasagna, agak renyah juga tapi
memikirkan sekali-sekala aku sekeluarga berkumpul, so aku cuba la buat.
SOS DAGING
- 1 kotak lasagna (direbus dgn sedikit minyak – ketepikan)
- 2 cawan mozarella
- 1 bungkus daging cincang + 1 bungkus burger daging (Ramly)
- 2 biji bawang besar & 4
ulas bawang putih (dadu / cincang)
- 1 botol sos spaghetti
original + 1 tin tomato puree
- 1 tin cendawan butang (hiris nipis)
- Oregano
- CARA :- Goreng daging cincang + burger, masukkan bawang besar & bawang putih & cendawan butang hingga
naik bau. Masukkan pula tomato sos spaghetti & tomato puree, oregano, garam
dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih & pekat. Biarkan suam.
SOS PUTIH
- 3 sudu butter
- 2 kotak kecil full cream Dutch Lady
- 1 tin cheese & herbs Prego + 4 keping cheddar cheese
- ½ cawan tepung gandum (dibancuh dengan air)
- lada hitam, garam & parsley
- CARA :- Cairkan butter, masukkan susu, cheese & herbs &cheddar. Masukkan tepung, garam & lada sulah & parsley. Kecilkan api hingga pekat. BIarkan suam
- Panaskan oven & sediakan Loyang pembakar yg bersesuaian utk membakar. Cara susunan:-
Sos Putih + Mozar
|
Sos Daging
|
Kulit Lasagna
|
Sos Putih + Mozar
|
Sos Daging
|
Kulit Lasagna
|
Sos Putih + Mozar
|
Sos Daging
|
Kulit Lasagna
|
Sos daging
|
Bakar pada suhu 200′C selama
40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh
dimakan sejuk atau panas.
~ Yummy.. berbaloi.. puas family aku makan ~
AIR ASSAM UTARA (SALAD TOMATO)
Resepi ni aku belajar dari hubby, memandangkan hubby orang utara dan dalam kenduri kendara mereka selalunya wajib ada air assam ni (bkn air assam yang cicah ikan bakar tu yer). Selalunya air assam ni dimakan bersama nasi minyak dan sup daging atau daging rebus. Mula-mula pelik juga tapi lama-lama aku pun dah tersuka sebab rasanya yang pedas masam dan manis. Syiookkkk.
BAHAN-BAHAN
BUAH TOMATO (belah 2 dan hiris halus-halus)
BAWANG BESAR (dibelah 2 & hiris halus)
BAHAN-BAHAN SOS (DI BLEND)
SOS CILI
SOS TOMATO
CILI API (lebihkan kalau nak pedas)
CILI MERAH
AIR LIMAU NIPIS
GULA & GARAM
CARA
* Blend semua bahan-bahan sos
* Campurkan dalam tomato & bawang yang dah di hiris – gaul mesra.
* Sejukkan dalam fridge
OLIO SEAFOOD
Olio seafood ni favourite hubby. Ada 2 version samada guna seafood atau Ramly beef burger (kira beef olio la heheh).
- Rebus pasta
hingga lembut, masukkan sedikit garam & minyak agar tidak melekat dan
tapiskan
- Udang besar
/ crabstick.
- 4 biji
bawang putih – ditumbuk kasar.
- Daun bayam .
- 3 sudu besar
miyak zaitun
- Cheddar
cheese dan chili flakes untuk
hiasan
- Lemon
Cara-cara
- Panaskan
minyak zaitun dlm kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
- Masukkan
seafood + sayur hingga masak,
- Masukkan
spagetti, garam dan lada sulah. Tutup dgn tudung kuali dan kacau sekali
sekala
- Masukkan
sedikit air rebusan seafood tadi ( kalau kering sgt) / atau tambah minyak
zaitun. Sebelum tutup api perahkan lemon.
- Tutup api & tabur cheese & chili flakes kalau nak pedas.
~ Happy cooking ~
BRIANI MAGGIE SIMPLE
Kalau teringin nak makan briani homemade, memang inilah cara dan rasa yang aku suka sangat. Renyah sikit caranya tapi berbaloi sebab Briani Maggie ni dah secukup rasa dan tak payah tambah apa-apa perasa.
BAHAN
2 paket briani Maggi
5 pot (kecil) beras basmathi
Ayam potong kecil2
2 Ubi kentang potong 8
Yogurt (2)
Daun ketumbar (wajib ada)
Kismis
Pewarna kuning
BAHAN TUMIS
Minyak + 2 sudu minyak sapi
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris
CARA MEMASAK BRIANI
Rendam beras 30 minit dgn sedikit garam. Rebus dengan air yg banyak hingga beras masak (ambil sedikit beras dan rasa samada sudah masak atau tidak) kemudian toskan dalam tapis. Tumis minyak + 2 sudu minyak sapi + bawang + bawang putih + halia + serbuk beriani (yg dah dibancuh dengan air). Biar agak garing campurkan ayam & ubi kentang dan yogurt. Masak sampai ayam & ubi empuk dan biar agak pekat & tutup api sebentar.
Taburkan daun ketumbar di atas ayam. Masukkan beras yg dh direbus tadi menutupi
keseluruhan ayam tadi. Taburkan kismis. Renjis pewarna kuning & tutup periuk . Pasang api perlahan.
Biar mereneh dalam 20 minit sehingga wap keluar dr tudung periuk. Kemudian kacau bersama ayam tadi dan sekiranya masih terlalu basah, biarkan sekejap hingga sedikit kering.
BAHAN
2 paket briani Maggi
5 pot (kecil) beras basmathi
Ayam potong kecil2
2 Ubi kentang potong 8
Yogurt (2)
Daun ketumbar (wajib ada)
Kismis
Pewarna kuning
BAHAN TUMIS
Minyak + 2 sudu minyak sapi
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris
CARA MEMASAK BRIANI
Rendam beras 30 minit dgn sedikit garam. Rebus dengan air yg banyak hingga beras masak (ambil sedikit beras dan rasa samada sudah masak atau tidak) kemudian toskan dalam tapis. Tumis minyak + 2 sudu minyak sapi + bawang + bawang putih + halia + serbuk beriani (yg dah dibancuh dengan air). Biar agak garing campurkan ayam & ubi kentang dan yogurt. Masak sampai ayam & ubi empuk dan biar agak pekat & tutup api sebentar.
Taburkan daun ketumbar di atas ayam. Masukkan beras yg dh direbus tadi menutupi
keseluruhan ayam tadi. Taburkan kismis. Renjis pewarna kuning & tutup periuk . Pasang api perlahan.
Biar mereneh dalam 20 minit sehingga wap keluar dr tudung periuk. Kemudian kacau bersama ayam tadi dan sekiranya masih terlalu basah, biarkan sekejap hingga sedikit kering.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk makan bersama briani saya cuma buat acar cuka timun shj. Sebab nasi tu dah ada lauk pauknya ayam dan ubi kentang. :-)
CARA ACAR TIMUN
Timun dibuang kulit , di belah dua, hiris nipis
Bawang besar hiris halus
Cili merah hiris halus
Cuka
Gula
Garam
~ Campurkan semua bahan & sejukkan. Makan bersama beriani. Syiokkkk....
*** Enjoy.... :)
NASI MINYAK SIMPLE
NASI MINYAK SIMPLE
BAHAN-BAHAN
Masak nasi dalam rice cooker (dengan ukuran air seperti biasa) + 2 sudu serbuk susu + sedikit kunyit + garam
TUMIS
Minyak + 2 sudu minyak sapi
Bawang hiris
Bawang putih hiris
Halia hiris halus
Kayu manis
Bunga lawang
CARA
Tumis bahan-bahan di atas hingga kekuningan.
Tuangkan dalam rice cooker.
Masukkan kismis bila nasi dah hampir nak masak.
Gaul nasi untuk sebatikan semua bahan.
~~~ Selamat Mencuba :-)
KUAH ASAM TEMPOYAK
Disebabkan aku kurang gemar makan ikan kuah, so kalau nak makan kuah tempoyak aku cuma masak dengan ikan bilis lepas tu makanlah dengan ikan goreng. Bak kata orang perak.. 'kemeh kuahnya' tak serabut. :-p
CARA BUAT KUAH
* Kisar tempoyak + cili merah + cili api (kalau
nak pedas) + serbuk kunyit + air *
Masukkan dalam periuk + timun +
serai ketuk (2 btg) + asam keping * Tambahkan air ikut kepekatan yg kita suka
* Masukkan ikan bilis * Sesuaikan rasa garam
& gula * Masak sampai timun lembut.
** Sedap dimakan dengan sambal telur & Ikan goreng
***Selamat mencuba... :)
Tuesday, 13 January 2015
CRAB STICK QUICHE
CRAB
STICK (di carik-carik)
BUTTER
(untuk menumis)
WHIPPED
CREAM (2 sudu)
PARMESAN
CHEESE
TELUR
3 BIJI
ROTI
CANAI SEGERA –Brand Kawan
INTI
Panaskan
butter * Masukkan crab stick carik-carik * Masukkan whipped cream * Garam secukup rasa * Masak
hingga inti agak lembik * Canaikan sedikit tepung roti canai segera * Bulatkan
& letak dalam acuan * Masukkan inti * Tuangkan campuran telur + parmesan
cheese + lada sulah.
Subscribe to:
Posts (Atom)